Khamis, 18 April 2013

Imej Burung Misteri Dirakam Di Kota Kinabalu, Sabah (4 Gambar)

Gambar ini telah dikongsi oleh seorang pembaca CariGold yang mana menunjukkan gambar seekor burung yang agak pelik di Kinabalu, Sabah. Berikut merupakan kenyataan tuan empunya gambar tersebut. 


"gambar ini diambil dari member, beliau gi bercuti ke kinabalu sabah. ketika gambar ini diambil memang tiada kelihatan burung tersebut sperti didakwa.. tetapi muncul didlm gambar... kalau dilihat dan diperati gambar burung tersebut anda akan nampak bilah2 sayap burung tersebut.. dan ianya keihatan besar dari kebanyakan burung yg pernah kita lihat.."

#kalau dah tahu burung tu pelik kenapa tak gambar 1000 snap? Macam ambil gambar UFO, memang tak sah kalau gamar pixel pecah.






Ada yang mengatakan ini hanyalah layang-layang... Tapi, yang bawah ni pula, gambar yg diambil dari kamera hp yg lain.. perbezaan antara 2 gambar tersebut seminit.. ini bg memberitahu ianya bkn layang2..



WTF : Nampak Macam Gangster Dan Rasa Hebat Tetapi ... (2 Gambar)

Nampak Macam Gangster Dan Rasa Hebat Tetapi ... 

Lelaki ini telah dikritik orang ramai kerana berlagak hebat. Tetapi yang peliknya dalam bilik dia ada banyak barang berwarna pink dan juga gambar Justin Bieber.

#Fap fap justin bieber~


Gadis Yang Obses Dengan Justin Bieber Dalam Bilik Tidur (2 Gambar)

Gadis Yang Obses Dengan Justin Bieber Dalam Bilik Tidur.

Dia harap Justin akan terus membesar..




WTF : Reaksi Gadis Di New Zealand Selepas Ambil Gambar Justin Bieber (3 Gambar)

Reaksi Gadis Di New Zealand Selepas Ambil Gambar Justin Bieber.
Justin Bieber membuat penampilan khas di NZ dan dia sempat bertemu peminat di luar hotelnya sekitar Auckland. Cuba tengok reaksi gadis remaja ini selepas berjaya mengambil gambar si Bibir ini. Mereka menangis... 


kenapa? mungkin mereka baru sedar JB adalah seorang perempuan juga? :-P
Aku harap comment di bawah takda yang cakap aku jelous with bibir. Phelissss~




WTF : KEGILAAN BARU REMAJA SEKOLAH PEREMPUAN DI JEPUN (12 GAMBAR)

Sejak dua menjak ini mereka mempunyai kegilaan baru dimana mereka mengambil gambar melakukan aksi ala Dragonball. Ada yang melakukan aksi Kamehameha dan ada juga melakukan aksi Bola Jiwa. Mungkin disebabkan movie GRAGONBALL di pawagam tak lama lagi. Comel siak!



WTF : Gambar Photoshop Untuk Facebook Paling #Epic Dan WTF (Gambar)

Gambar Photoshop Untuk Facebook Paling #Epic Dan WTF
Lelaki ini cuba ngorat pompuan dalam Facebook dengan gambar ini. Mantap giler badan laki ini eh #sarcasm.

Genius : Sticker iPad Paling Unik Dan #WWWoW Part 1 (12 Gambar)

Sticker iPad Paling Unik Dan #WWWoW Part 1.
Daripada hanya sebiji epal yang dimakan berada di belakang iPad, kini sticker ini membuatnya lebih menarik.










Selasa, 16 April 2013

Inilah Hamzah hacker yang menjahanamkan website Israel yang bernilai jutaan USD




Inilah dia Hamzah, pemuda dari aljazair telah membongkar dan merosak Website kejahatan Israil yang bernilai 3 Juta, Kini Hamzah tertangkap dan disuruh membetulkan website yang telah ia hack tetapi beliau tidak mau walaupun dibayar jutaan dolar, bahkan Dia memilih mati syahid atau penjara, tak peduli walaupun disiksa,
 You are the best Hamzah

Ahad, 14 April 2013

Cara Melindungi Ingatan


1.Mengambil makanan berkarbohidrat untuk sarapan
roti bakar Cara Melindungi Ingatan.
Meninggalkan pengambilan karbohidrat boleh merosakkan ingatan.Kajian oleh Tuft University mendapati golongan berumur yang meninggalkan pengambilan karbohidrat dalam diet mereka melakukan ujian berdasarkan ingatan lebih teruk daripada yang mengambil karbohidrat.Hal ini kerana ingatan sel otak memerlukan karbohidrat yang seterusnya ditukarkan menjadi glukosa.Ambil bijiran atau makan yang mempunyai karbohidrat yang kompleks,ia dihadam dengan perlahan dan menyalurkan glukosa dengan lebih stabil.
2.Lakukan senaman
kickboxing Cara Melindungi Ingatan.
Senaman dapat meningkatkan peredaran darah ke otak kita,membawa banyak oksigen dan glukosa yang diperlukan.Malah kta boleh mempelajari kosa kata 20 % lebih pantas selepas melakukan senaman yang berat/kuat.
3.Ubah font tulisan pada memo anda
memo Cara Melindungi Ingatan.
Menurut jurnal Cognition,apabila kita mengubah font tulisan kepada font yang sedikit sukar ditafsir berbanding font yang selalu digunakan,ia telah meningkatkan retensi jangka panjang.Fokus kepada font baru membuatkan pusat otak kita bekerja lebih kuat.
4.Surfing internet pada waktu rehat
web Cara Melindungi Ingatan.
Luangkan masa kira-kira sejam sehari dengan mencari sesuatu secara online boleh merangsang lobe hadapan yang mengawal ingatan sementara.Litar neural yang terlibat dengan membuat keputusan,visual,dan kemahiran lisan menjadi sangat aktif semasa kita melakukan carian di internet.
5.Perhatikan tempat parking kereta anda
parking Cara Melindungi Ingatan.
Kebiasaannya kita akan lupa tempat kita parking kereta sewaktu keluar membeli-belah,terutamanya pasaraya yang mempunyai tempat parking yang amat luas dan banyak.Oleh itu,cuba latihan ini,keluar daripada kereta anda,pastikan tempat anda park kereta anda,kemudian gerakkan mata anda sisi ke sisi setiap setengah saat selama 30 saat semasa berdiri di tempat itu.Menurut penyelidik di Manchester Metropolitan University di England,dengan mempraktikkan cara ini boleh meningkatkan ingatan jangka panjang sebanyak 10%.
6.Flos gigi anda sebelum tidur.
ke 02.3 Cara Melindungi Ingatan.
Cara ini baik untuk senyuman dan juga minda kita.Apabila gigi kita tidak di flos,makanan yang terlekat mengalami radang dan memudahkan bakteria jahat untuk memasuki salur darah.Setelah berada dalam salur darah,bakteria ini boleh mengakibatkan radang pada seluruh badan termasuklah otak yang boleh membawa kepada disfungsi kognitif

20 Bukti Keagungan Ciptaan Allah Pada Manusia


1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.
2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.
3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.
4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.
5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.
7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
8. Apabila sesaorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.
human1 20 Bukti Keagungan Ciptaan Allah Pada Manusia
11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.
14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.
15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.
16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.
17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.
18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.
19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.
20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.
( Marilah kita renungkan dan bersyukur ke hadratnya, allah yang maha Bijaksana lagi Pengasih dan Penyayang).

Hati Organ Yang Boleh Tumbuh Semula


Hati manusia merupakan salah satu organ yang penting untuk meneruskan hidup.Hati juga merupakan organ yang paling terbesar di dalam tubuh badan manusia yang terletak di bahagian atas kanan perut.Tahukah anda hati memiliki lebih daripada 500 fungsi terhadap badan manusia.Diantara fungsi tersebut ialah meneutralkan tubuh,mengawal penggumpalan darah dan juga menghasilkan hempedu yang digunakan untuk mengurai lemak
hati 300x240 Hati Organ Yang Boleh Tumbuh Semula
Hati adalah organ yang boleh memperbaharui dirinya sendiri.Ia terdiri daripada sel-sel kecil yang digelar Hepatocyte,yang akan menghasilkan sel-sel pembahagi menjadi dua seterusnya mempercepatkan penghasilan sel-sel lain dengan pantas.
Jika seorang pesakit menjalani operasi pembedahan hati dan hatinya telah dibuang separuh dalam pembedahan tersebut,hatinya akan tumbuh kembali kepada bentuk asal dalam masa hanya 2 minggu!

Ukiran Labu Menyeramkan


Ketika sambutan hari Halloween, buah labu pastinya menjadi pilihan untuk dijadikan ukiran unik. Di Michigan, Amerika Syarikat , terdapat bengkel yang menghasilkan ciptaan labu Halloween yang menyeramkan yang diukir oleh Ray Villafane dan Andy Bergholtz .
Dikatakan Villafane meyedari bakat mengukirnya  selepas menawarkan khidmat mengukir labu kepada seorang muridnya dan dia kini boleh mengukir labu hanya dalam masa 2 jam. Sebelum itu dia mengukir tanpa sebarang latihan.
“Labu terbaik ialah yang lebih berat daripada saiznya. Ini bermakna ia tebal. Anda perlukan labu tebal supaya dapat mengukir imej 3-D daripadanya,”  katanya
pix middle1 300x228 Ukiran labu menyeramkan

Orimagi Yang Gempak Gilerrr

Mari tengok kat bawah ni, memang sempoi: skorigami01 Koleksi Seni Origami Yang Menarik Dan lagi: skorigami03 Koleksi Seni Origami Yang Menarik Ini pun cantik: skorigami05 Koleksi Seni Origami Yang Menarik

Hanya Kerana 20sen.

sen Hanya Kerana 20sen.

Beberapa tahun dahulu,terdapat seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari,selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas,dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.Di sepanjang perjalanan,Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
“Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”Imam bertanya kepada dirinya.“Ah,syarikat bas ni dah kaya setakat 20 sen ni nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.
Apabila tiba di hadapan masjid,Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas,secara automatik dirinya berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen.
“Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,”kata Imam kepada pemandu bas.
“Ohhh!Terima kasih!!!Kenapa awak pulangkan 20 sen ni,kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas.
Imam menjawab,“Wang tersebut bukan milik saya,sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.”
Pemandu bas tersenyum, dan berkata,“Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni,saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam.Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”
Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.Imam berdoa sambil menadah tangan,
“Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah.Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!
Sahabat-sahabatku sekalian,ingatlah kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Binatang Pun Tidak Ingin Jadi Manusia


uatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan bertanykan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau.Maka Malaikat Jibril As pun pergi menemui si kerbau.
KERBAU
download1 Binatang Pun Tidak Ingin Jadi Manusia.
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai.Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau,”Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau?”Si kerbau menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”. Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.
KELAWAR
1 kelawar Binatang Pun Tidak Ingin Jadi Manusia.
Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, “hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar?” “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing.Tubuhnya kecil,tinggal di dalam tanah,berjalan menggunakan perutnya”,jawab si kelawar.
CACING
download 1 Binatang Pun Tidak Ingin Jadi Manusia.
Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing?”Si cacing menjawab,” Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing,dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia.Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya”.

Oarfish Ikan Ular Laut Kuno


Oarfish, juga dikenal sebagai ribbonfish dan raja ikan haring, adalah makhluk air yang dalam yang dapat membesar sehingga ukuran 50 kaki (15 meter) panjangnya dan berat hingga 600 paun (272 kg). Makhluk laut dalam ini adalah ikan bertulang resmi terpanjang hidup pada kedalaman antara 66 kaki dan 1000 kaki. Telah diketahui bahwa ketika oarfish sakit atau hampir mati, ia akan datang pada permukaan air dan kadang-kadang ke pantai, itu sebabnya kita memiliki kisah-kisah kuno melihat ular laut keluar dari permukaan air. Seekor oarfish berukuran sehingga 16 kaki panjangnya yang ditemui di tepi pantai Bermuda pada tahun 1860 digambarkan sebagai ular laut (gambar di bawah). Tidak ada sisik pada ikan dan itu tidak dapat dimakan karena dagingnya bersifat  gelatin.
 Oarfish Ikan Ular Laut Kuno  Oarfish Ikan Ular Laut Kuno
 Oarfish Ikan Ular Laut Kuno  Oarfish Ikan Ular Laut Kuno
 Oarfish Ikan Ular Laut Kuno  Oarfish Ikan Ular Laut Kuno