Ahad, 14 April 2013

Katak Gergasi Di Temui


Seorang ahli perniagaan menggemparkan orang ramai di daerah sungai siput apabila dia menunjukan 2 ekor katak gergasi  yang dikatakan ditangkap sekitar kawasan hutan di Gerik, Perak.
Katak itu setiap seekor  hampir seberat 2 kilogram dipercayai dari spesis Lithobates Catesbeianus yang didakwa terbesar dan terberat di Malaysia sehingga setakat penemuan ini.
Menurut ahli perniagaan itu, Low Yin See, 45  dia memperoleh katak gergasi itu daripada lelaki orang asli yang menangkapnya berdekatan sebuah sungai di Gerik minggu lepas.
Harga yang ditawarkan untuk membeli katak itu adalah RM 130 sekilo.
 Katak gergasi di Temui
Low Yin See menunjukkan katak gergasi tersebut – foto Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan